Bagi mereka yang terlalu ghairah didalam mengejar gajet-gajet terbaru, artikel ini mungkin dapat memberikan sedikit kesedaran buat kita.
Tertarik dengan artikel yang dikeluarkan dalam sebuah majalah tempatan mengenai gajet yang bertajuk “Tahukah Anda Gajet Memakan Belanja Yang Tinggi?” Terfikir juga berbaloikah harga gajet yang dimiliki dengan harga yang mahal dan mampukah gajet ini bertahan dalam jangkamasa yang diingini.
Tertarik dengan artikel yang dikeluarkan dalam sebuah majalah tempatan mengenai gajet yang bertajuk “Tahukah Anda Gajet Memakan Belanja Yang Tinggi?” Terfikir juga berbaloikah harga gajet yang dimiliki dengan harga yang mahal dan mampukah gajet ini bertahan dalam jangkamasa yang diingini.
Bagi saya seorang pelajar lepasan ijazah dalam kejuruteraan mikroelektronik dan diploma kejuruteraan elektronik komputer, sedikit sebanyak membantu saya dalam mengenal erti jangka hayat kepada sesebuah peranti atau gajet. Tahukah anda bahawa sesebuah gajet sekarang mempunyai jangka hayat yang amat singkat.
Mungkin salah satu faktornya adalah dari segi pembikinannya, gejet yang direka mempunyai jangka hayat dalam beberapa tahun sebelum gajet tersebut gagal berfungsi lagi. Mungkin pada peringkat awalnya, harga gajet itu boleh dianggap mahal. Tapi lihat sahaja pada tahun berikutnya, paling kurang pun dalam beberapa bulan berikutnya. Harganya mula menyusut, mungkin ada yang beranggapan perkara ini berlaku adalah disebabkan persaingan daripada gajet lebih baru dikeluarkan.
Maklumlah, teknologi makin berkembang pesat. Ada sahaja gajet baru dikeluarkan dalam setiap bulan. Bagi saya itu juga satu kebenaran, tetapi di dalam fikiran saya yang lebih tepat adalah mengenai jangka hayat dan berbaloikan gajet yang harga mencecah ribuan ringgit bertahan dalam jangkamasa yang kita inginkan.
Jika dihitungkan, hampir kesemua gajet sekarang dibina dengan jangka hayat tertentu. Paling minimum sehingga 3 tahun sahaja dan selepas itu kita boleh lihat kemampuan gajet tersebut mula berkurangan. Tidak kiralah Samsung Galaxy S II, iPhone 4 atau sebagainya. Ianya pasti akan menunjukkan kadar kemampuan yang menurun.
Kemudian sudah pasti kita akan inginkan penggantinya, mulalah berkira-kira untuk membeli gajet yang baru. Dan sudah pasti gajet tersebut lebih canggih dengan harga yang melampau pada masa itu. Tidak salah rasanya untuk memiliki gajet yang canggih dengan harga yang mahal.
Tetapi perlulah beringat mengenai kos perbelanjaan tahunan dan pengurusan kewangan kita, adakah ianya merupakan satu kerperluan atau kehendak kita. Ada perbezaan di antara keperluan dan kehendak, oleh itu sama-samalah kita renungkan. Berbaloikah harga gajet yang kita miliki?
mohdisa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan