Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan
"Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa
jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan
yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh
jadi sebesar bola golf.
Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian
bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah
besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu
besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini
boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/
atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak
diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam
saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah
penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika
dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya
sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu
dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki
pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat
keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda,
mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika
ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam
ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai
dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan
kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku,
tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil,
rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang
segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu
kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya
ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan
disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat
membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan
bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit
hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor
bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu
dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu
asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu
terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan
adalah perlu.
Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini
memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman
berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan