"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

14 Mei 2012

Manfaatkan Masa Secara Berkualiti

crazywebsite.com
Dalam kehidupan hari ini, masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan.  Keadaan ini tidak dapat dielakkan disebabkan oleh perubahan zaman yang menyaksikan perkara seperti:

*Beban kerja yang semakin bertambah.
*Perjalanan semakin lama kerana masalah trafik.
*Ibu bapa yang dua-duanya bekerja.
*Anak-anak yang semakin sibuk dengan tuisyen dan aktiviti sekolah.

Semua keadaan di atas membuatkan masa kita dengan anak-anak semakin terhad.  Bagi anak-anak, mereka menilai kasih sayang melalui masa yang diberikan oleh ibu bapa untuk bersama mereka.  Tidak ada suatu apa pun yang boleh menggantikan masa.    Semakin banyak masa yang kita berikan kepada mereka semakin terasa oleh mereka akan kasih sayang kita.  Tetapi apabila kuantiti masa untuk bersama anak-anak terhad disebabkan oleh keadaan, maka adalah penting masa yang terluang itu dimanfaatkan secara berkualiti.

Meskipun ia tidak mungkin sama kalau dibandingkan kualiti dengan kuantiti, namun menggunakan masa yang pendek secara berkualiti sekurang-kurangkan dapat mengimbangi kuantiti masa yang sedikit itu.  Berikut adalah beberapa petua yang boleh dikongsikan bersama.

SOLAT BERJEMAAH
Tidak ada masa yang paling pendek tetapi paling berkualiti selain dari solat berjemaah bersama keluarga.  Paling mudah ialah solat subuh yang hanya dua rakaat.  Kalau dihitung jumlah masa yang diperlukan tidak sampai pun 15 minit, tetapi ia cukup bermakna kerana disitulah bermulanya hari kita.  Dengan solat berjemaah, bapa sebagai imam akan lebih dihormati sebagai ketua keluarga.  Selepas itu bermaaf-maafan pula, tidak perlu tunggu hanya pagi Hari Raya untuk memohon kemaafan.  Pada hari minggu, boleh diselitkan sedikit dengan tazkirah pendek sebagai santapan minda dan rohani.  Kalau tidak mampu setiap hari, pastikan sekurang-kurangnya beberapa kali dalam seminggu.  Selepas solat, doalah dengan doa yang boleh difahami oleh ahli keluarga dan mereka pula mengaminkannya.  Solat berjemaah bersama keluarga meningkatkan kemesraan dan keakraban antara ibu bapa dan anak-anak.

MAKAN MALAM BERSAMA
Persefahaman dan keharmonian dapat dibentuk dengan sering makan bersama.  Disebabkan waktu siang pada kebiasaannya semua sibuk, kenapa tidak jadikan makan malam sebagai waktu untuk bersama.  Sepanjang waktu makan bolehlah tanya-tanyakan bagaimana hari masing-masing.  Tujuannya hanya untuk tingkatkan kemesraan.  Kalau ada masalah yang mahu dibincangkan maka ia mesti dibincangkan diluar waktu makan.    Kalau anak-anak membuka tajuk perbualan yang mungkin menimbulkan ketegangan maka kawallah keadaan.  Minta anak ceritakan selepas selesai makan nanti.  Usah hilangkan selera makan dengan mood dan perasaan yang negatif.

AMBIL CUTI
Ambillah cuti dan rancang cuti anda untuk bersama keluarga.  Sekarang adalah waktu cuti sekolah, maka ini adalah saat yang terbaik untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak dan menggunakan masa secara berkualiti.  Banyak destinasi percutian yang boleh kita pergi dan rancanglah perbelanjaan agar tidak berhabis-habisan. Bagi anak-anak, yang penting ialah masa yang telah ibu bapa luangkan untuk bersama mereka.  Beritahu mereka dengan jelas bahawa cuti itu diambil memang dengan tujuan untuk bersama.  Anak-anak akan lebih menghargai lagi kesanggupan kita.  Walau bagaimana cuti itu dihabiskan, kita sebagai ibu bapa usah merungut dan mengungkit seolah-olah kesal ambil cuti pada masa tersebut.  Ini memberikan tekanan kepada anak-anak dan membuatkan mereka rasa bersalah.

TEMANI ANAK-ANAK
Anak-anak mungkin tidak meminta tetapi apa salahnya menemani mereka dalam keadaan yang kita tahu mereka memerlukan kita.  Misalnya, hantarlah mereka ke sekolah pada hari peperiksaan dan temani mereka ketika ambil keputusan peperiksaan.  Saya masih teringat bagaimana keadaannya ketika saya hadir menemani anak mengambil keputusan UPSRnya baru-baru ini.  Ketika itu pelbagai bentuk perasaan yang wujud.  Ada anak-anak yang seronok kerana mendapat keputusan 5A dan ada yang menangis dan meraung kerana gagal menyaingi rakan-rakan lain yang cemerlang.   Ketika itu, hanya segelintir sahaja ibu bapa yang hadir dan anak-anak yang kecewa tadi hanya dipujuk oleh rakan-rakan sebaya.  Guru-guru pula sibuk dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang berjaya.  Hati saya terdetik, alangkah baiknya kalau ibu bapa ada bersama sebab saat inilah anak-anak memerlukan mereka.  Ada sesetengah ibu bapa tidak mahu hadir kerana mereka dapat rasakan yang anak mereka tidak akan cemerlang.  Mereka tidak mahu menanggung rasa malu apabila ditanya keputusan anak oleh ibu bapa yang lain.  Sebagai ibu bapa kita perlu ingat, yang penting ialah perasaan anak-anak bukan perasaan kita.  Oleh itu temanilah mereka dalam apa jua keadaan.

ADAKAN MASA UNTUK SETIAP ANAK
Masa yang berkualiti bukan sahaja perlu diberikan untuk seisi keluarga tetapi ibu bapa hendaklah adakan masa untuk bersama dengan setiap anak secara individu.  Sebab tidak semua perkara yang mahu dibincangkan oleh anak itu merupakan perkara umum.  Ada ketika mereka mahu bincangkannya secara peribadi.  Oleh itu rancang juga masa untuk kita bersama dengan setiap anak secara peribadi.  Sebagai contoh, ada masa kita bawa hanya seorang anak sahaja bersama kita seperti mengajaknya makan di luar.  Lain hari giliran anak yang lain pula  Ada masa bapa yang bawa anak tanpa kehadiran ibu dan begitu juga sebaliknya.  Anak dapat rasakan inilah masa yang paling berkualiti dan sentiasa menunggu peluang untuk bersama lagi.  Adalah satu kesilapan apabila ibu bapa sangkakan semua aktiviti mesti dilakukan bersama sebab ada ketikanya anak-anak mahu dilayan secara istimewa.

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Hikmah kita diberikan satu mulut dan dua telinga ialah supaya kita lebih banyak mendengar dari berbicara.  Dalam aspek keibubapaan kita akan dapati bahawa menjadi pendengar yang baik adalah perkara yang paling mudah untuk dibuat tetapi sukar untuk dipraktikkan.   Kita lebih banyak bercakap dari mendengar.  Kebanyakan dari apa yang dicakapkan pula lebih kepada arahan, suruhan, teguran, sindiran dan sebagainya.  Untuk memahami perkembangan jiwa anak-anak, kita mesti berikan perhatian terhadap apa yang disampaikan.  Kalau kita sedang melakukan sesuatu seperti memasak, membaca akhbar, menanam pokok, membasuh pinggan dan sebagainya, maka hentikan perlakuan itu untuk seketika.  Tumpukan kepada apa yang anak-anak sampaikan.  Anggukkan kepala, iyakan apa yang disampaikan, lihat anak matanya, dan berikan tindakbalas yang sewajarnya.   Anak-anak tahu sama ada mereka diambilberat atau tidak dipedulikan.  Malah anak-anak kecil akan jujur dan ada ketikanya bertanya kenapa kita tidak melayani mereka sedangkan ketika itu kita menjawab pertanyaan mereka.  Sebabnya, bahasa gerak badan kita tidak menunjukkan keikhlasan dalam memberikan balasan kepada mereka.

BERCERITALAH..
Semua orang sukakan cerita lebih-lebih lagi anak-anak.  Kalau kita perhatikan sebahagian besar kandungan al-Quran mengandungi cerita-cerita yang memberi banyak petunjuk dan pengajaran.  Bercerita adalah cara terbaik untuk mendidik anak-anak.  Anak-anak jadi negatif juga disebabkan cerita-cerita yang mereka baca, dengan dan lihat sama ada di radio, TV, internet dan pelbagai media lainnya.  Kalau kita tidak bercerita dengan anak-anak maka mindanya mungkin akan dipengaruhi oleh cerita-cerita yang negatif.  Macam-macam cerita yang boleh disampaikan kepada anak-anak sama ada kisah nabi, cerita rakyat, isu semasa dan malah kisah silam dan pengalaman hidup kita sendiri.  Melalui cerita kita dapat membentuk peribadi dan sahsiah diri mereka.  Anak-anak juga rasa seronok setiap kali bersama sebab sentiasa menantikan cerita dari kita.

SUBURKAN KEBAIKAN ANAK
Waktu kita kecil dahulu kita sering melakukan sesuatu dan memanggil nama ibu bapa untuk dapatkan perhatian dan pujian.  Kata-kata seperti, “Mak, tengok adik buat ni.. cantik tak??”;  “Abah, tengok adik angkat ni.. kuat tak???” telah menjadi lumrah membuktikan bahawa kita mahukan perhatian ibu bapa kita.  Begitulah juga dengan anak-anak kita.  Apabila kita lihat sesuatu yang baik dilakukannya maka pujilah kerana itu yang anak-anak mahukan.  Kerapkali ibu bapa mudah nampak kekurangan dan kesilapan anak-anak tetapi kurang peka terhadap kelebihan dan kebaikan mereka.  Apabila kita bersama mereka cuba fokus kepada kelebihan anak-anak dan lebih mencari kebaikan mereka.  Puji, dorong, dan bantu mereka menyuburkan potensi yang mereka ada.  Jangan pula masa yang sedikit antara kita dan anak-anak itu digunakan lebih untuk memarahi, menghukum, mengherdik dan sebagainya.

RANCANG MASA ANDA
Dalam kita membuat perancangan kerja jangan lupa masukkan masa untuk bersama anak-anak itu sebagai salah satu agenda penting.  Anggaplah ia sebagai satu temujanji yang tidak boleh tidak kita mesti hadirkan diri.  Saya sendiri sering menolak ceramah-ceramah yang diminta oleh organisasi apabila ia bertembung dengan temujanji saya dengan anak-anak.  Bagi saya temujanji dengan anak-anak sama pentingnya dengan temujanji kerja, malah kalau diselami ia lebih penting lagi dari itu.  Sebab itu ramai antara kita merasa tidak punya masa untuk anak-anak sedangkan hakikatnya kita tidak pernah merancang masa untuk bersama mereka.

MASALAH ADALAH PELUANG KITA
Kalau ditanya anak-anak bagaimana yang ibu bapa mahukan, semuanya mahu anak-anak yang baik, rajin, soleh, bijak dan sebagainya.  Tidak seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anak yang bermasalah.  Tetapi kita lupa, setiap manusia pasti ada masalah dan tidak ada seorang pun manusia yang sempurna.  Begitulah juga dengan anak-anak kita.  Sebenarnya masalah adalah pintu masuk untuk kita mendekati diri dengan anak-anak.

Apabila anak-anak menghadapi masalah, tertekan, berperasaan negatif dan sebagainya maka itu adalah peluang untuk kita memahami, berbincang dan membantu mereka.  Itu adalah saat seorang anak memerlukan ibu bapa di sisinya.  Jangan pula kita marahi mereka kerana mereka ada masalah.  Misalnya, ada waktu anak akan rasa tertekan dengan persekitarannya.  Beritahulah mereka bahawa adalah normal merasa tertekan dan bantu mereka mengatasi tekanan tersebut dengan cara yang baik.  Begitu juga apabila mereka marah disebabkan sesuatu perkara maka beritahu mereka adalah normal untuk merasa marah tetapi tidak sampai bertindak melulu tanpa akal semata-mata mahu puaskan marah itu.  Hulurkan bantuan kepada anak-anak sama ada dari segi moral, ide, wang dan sebagainya.  Tetapi jangan pula buatkan mereka terlalu bergantung kepada kita apatah lagi memanjakan mereka secara berlebihan.

Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Tiada ulasan: