"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

11 Mei 2012

Pengorbanan Ibu

Kembalikan semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh

ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu orang pertama kita beritahu.

Pendek kata, semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, hati mana tidak tersentuh apabila menyaksikan terdapat banyak kes

penderhakaan terhadap ibu.

Ada sanggup melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya

khabar ibu di kampung malah ada sanggup memukul ibu hanya kerana perselisihan kecil.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan

menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.”

(Surah al-Lukman ayat 14).

Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak

tersayang.  Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu, mengecilkan hati, melawan atau mengherdik.  Menderhaka kepada ibu bapa adalah

satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain.


Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga

dengan penuh kasih sayang. Ketika kita sakit atau demam, ibu baring di sebelah kita untuk memastikan kita selesa.

Bukan menidakkan peranan ayah, namun ibu adalah segala-galanya. Yang sedihnya, selepas dewasa dan berdikari, kita tergamak melukakan

hati ibu.  Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahi di kampung kerana ia

adalah amalan mulia.   Sepatutnya, anak tiada alasan tidak menziarahi atau menghubungi ibu apatah lagi dengan kemodenan teknologi maklumat.

Terdapat kisah pada zaman nabi apabila ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai

baginda berjihad.  Baginda menjawab bukan seperti,“Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”,

“Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?” Tetapi baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih

mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai seorang ibu di rumah” . Baginda

berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya”. Baginda

menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan

terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.

Jangan pula apabila sudah berkeluarga atau tiada dalam tanggungan keluarga kita semakin menyisihkan ibu. Perkara ini berdasarkan ‘tartibul

kalimat’ iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi beberapa firman-Nya sebagai contoh dalam Surah al-Israa’ ayat 23 yang

bermaksud:

“Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa”.

Antara ibu dan bapa pastilah ibu memiliki martabat tertinggi jika merujuk kepada Sahih Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan pernah Muawiyah bin

Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah siapakah yang wajib ditaati? Jawab Rasulullah: “Ibumu.” Tiga kali Nabi ditanya dan itulah juga

jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir barulah baginda menyatakan: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”

Bahkan ulama menyatakan, ada tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain iaitu yang pertamanya

mendirikan solat dan mengeluarkan zakat; kedua, taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah dan ketiganya bersyukur kepada Allah serta

berterima kasih kepada ibu bapa. Ketiga-tiga perintah ini mesti serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya.  Ibu

mendapat martabat yang tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia tidak mampu dipikul mana-mana lelaki.

Sambutan Hari Ibu belum cukup untuk membalas jasa ibu selama ini.  Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah

berkenaan seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya Ibnu

Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang kamu lakukan tadi

tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

Namun, usaha adik-beradik untuk sama-sama meluangkan masa balik kampung dan berkumpul kemudian mengadakan majlis makan bersama

meraikan ibu tercinta boleh menjadi permulaan kepada satu usaha yang baik. Kegembiraan ibu melihat anak pulang berkumpul itu saja sudah

menjadi satu ibadah.Adalah menjadi dosa besar kepada anak yang menderhaka terhadap ibu bapa.

Dalam al-Adab al-Mufrad ada mencatatkan sembilan jenis dosa besar yang dimurkai Allah dan antaranya menghina ibu bapa dan (menyebabkan)

ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua). Allah mewajibkan anak memuliakan serta menghormati ibu sekalipun

berlainan pegangan agama. Allah juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada ibu bapa.

Dalam sebuah lagi hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Amat

malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda

menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki

syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Justeru, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mahu membina

batu nisan terbaik atau mencetak surah Yasin khas untuk tahlil ke atas mereka.

Tiada ulasan: