Natrium (garam) memainkan peranan penting untuk badan anda berfungsi dengan
sempurna. Namun anda hanya memerlukan sedikit natrium sahaja. Pengambilan
natrium berlebihan dikaitkan dengan kejadian tekanan darah tinggi.
Natrium terdapat
secara asli di dalam kebanyakan makanan. Ia juga boleh ditambah dalam makanan
sebagai garam halus atau ‘mono-sodium glutamate’. Kecenderungan makan di
restoran makanan segera, atau mengambil makanan yang diproses dan ditinkan,
menyebabkan rakyat Malaysia memakan lebih banyak natrium (daripada
garam atau natrium klorida) daripada yang diperlukan.
Anda boleh merujuk
kepada jadual dibawah bagi menentukan jumlah garam di dalam menu makanan anda:
Nilai
Kandungan
|
Jenis
Makanan
|
Jumlah
Kandungan
|
Rendah
<
30 mg per 100g
|
Buah-buahan segar
|
< 30 mg
|
Sayur-sayuransegar
|
< 20 mg
|
|
Minyak sayuran
|
0-15 mg
|
|
Lelemak
|
0-15 mg
|
|
Gula
|
< 5 mg
|
|
Tepung biasa
(ringkas)
|
< 10 mg
|
|
Beras
|
< 10 mg
|
|
Kebanyakan bijirin
|
< 10 mg
|
|
Kekacang
|
< 20 mg
|
|
Kekacang tanpa garam
|
< 30 mg
|
|
Sederhana
30-300
mg per 100 g
|
Daging
|
50-100 mg
|
Ikan
|
40-120 mg
|
|
Telur
|
100-150 mg
|
|
Susu
|
100-300 mg
|
|
Tinggi
>
300 mg per 100 g
|
Agen
Perisa / Sos
Kicap, sos tomato, sos barbeku, taucu, sos
cili, sos tiram
|
1000-5000 mg
|
Ekstrak
sayuran atau daging
Marmite & Bovril
|
>3000 mg
|
|
Penambah
perisa
Monosodium glutamat, kiub perisa
|
700 mg / kiub
|
|
Sos
salad
Krim salad, mayonais
|
> 1000 mg
|
|
Makanan
yang diproses
|
||
Makanan ditinkan
|
500-1500 mg
|
|
Bijirin sedia
dimakan
|
400-800 mg
|
|
Keju
|
1500 mg
|
|
Makanan
diawet
|
||
Ikan masin
|
1500 mg
|
|
Telur masin
|
500 mg
|
|
Jeruk buah-buahan
|
>1000 mg
|
|
Jeruk sayur sayuran
|
> 1000 mg
|
|
Belacan
|
1400 mg
|
|
Cencaluk
|
4000 mg
|
|
Agen
penaik
Serbuk penaik (Natrium)
|
Tinggi
|
|
Jadual :Anggaran kandungan garam di dalam makanan anda
Di sini kami telah
menyediakan beberapa panduan untuk anda bagi mengurangkan pengambilan garam
didalam makanan anda:
· Pilih buah-buahan,
sayur-sayuran dan daging yang segar, dan bijirin yang tidak diproses berbanding
makanan segera.
· Cubalah gunakan rempah
ratus dan herba untuk menggantikan garam.
· Belajarlah menikmati
perisa makanan tanpa garam.
· Gunakan sedikit garam
sahaja dalam masakan dan elakkan daripada menabur garam di atas makanan.
· Hadkan pengambilan
makanan terlalu masin dan perencah makanan (seperti kicap dan sos tiram).
·
Telitilah label makanan
untuk menentukan jumlah natrium yang terkandung dalam makanan diproses dan
snek.
sihatcyber.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan