![]() |
|
|
Minyak Kelapa Dara – Adalah yang terbaik; minyak paling menyihatkan di dunia. Kelapa yang digunakan adalah yang tumbuh semulajadi tanpa penggunaan baja kimia atau racun serangga dari gred yang premium dan hasilnya minyak kelapa dara yang murni, bebas kimia yang terkenal di merata dunia.
Proses pembuatan minyak kelapa dara menggunakan kaedah bioteknologi, selain menghasilkan lemak-asid berangkai sedang (Medium chain fatty acid- MCFA), keberadaan vitamin E dan enzim-enzim yang terkandung dalam minyak kelapa dara tetap dapat dipertahankan. Kajian kajian saintifik oleh saintis Eropah dan Amerika telah mendapati bahawa minyak kelapa dara mempunyai sifat anti virus, anti bakteria, anti parasit, anti fungus dan pemangkin metabolisma semulajadi yang baik untuk meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan.
Pembasmi Penyakit Semulajadi
Perubatan Moden: Penyebab Kematian Ketiga Terbesar. Hari ini ramai pesakit mengidap penyakit yang telah dijangka 40 tahun lalu akan terhapus dengan penemuan antibiotic. Kini kita semua tahu bahawa penggunaan antibiotic bukan satu perkara ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang kita pernah fikir dulu, malah antibiotic merupakan antara senarai ubat (medical drug) yang diistiharkan sebagai penyebab kematian ketiga terbesar di Amerika. Ini berkemungkinan kerana tersebarnya kesan kesan sampingan yang negatif akibat penggunaan antibiotic tersebut.( Kajian yang diterbitkan oleh JAMA pada tahun 1999). Satu kajian lain pula mendapati bahawa dengan mengambil 1 regimen antibiotic (untuk kegunaan 10 hari) mengakibatkan saorang pesakit itu 3 kali lebih mudah dijangkiti penyakit lain. Bagi saorang kanak kanak, sistem pertahanan (immune system) badan masih belum matang, dengan penggunaan antibiotic boleh mengakibatkan bahaya kepada kanak kanak tersebut menyidap penyakit sekunder jangka panjang yang lain yang susah diubati. Sebenarnya rawatan menggunakan antibiotic telah mengancam dan melemahkan sistem pertahanan badan penduduk penduduk dunia keseluruhannya dibandingkan sebelum penemuan antibiotic.
Penyakit Berjangkit – Penyebab Kematian Ketiga Utama. Mengikut laporan Kesihatan Dunia, dari segi proses penyakit, penyakit berjangkit merupakan penyebab kematian ketiga utama orang orang Amerika dibelakang penyakit jantung dan kanser. Kebanyakan kuman kuman penyakit berjangkit kini telah menjadi lali dan kebal kepada antibiotic yang terlalu kerap digunakan. Disamping itu kebanyakan penemuan ubat anti virus yang baru tidak dapat membunuh keseluruhan virus tersebut. Salah satu virus yang paling digeruni zaman moden kini adalah AIDs dipercayai disebabkan oleh virus HIV. Virus ini mampu menyerang sel sel sistem pertahanan badan menyebabkan pesakit terdedah kepada jangkitan jangkitan penyakit lain. Jangkitan virus HIV yang banyak mengakibatkan kematian yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini tidak ada dadah anti virus yang dapat menghentikan penyakit AIDS ini.
Pathogen Yang Merbahaya. Walau bagaimanapun didapati monolaurin ( yang terbentuk daripada minyak kelapa dara) membantu meleraikan selaput yang melindungi virus Pathogen, kuman dan organisma mikro yang lain. Monolaurin ini sangat selektif dalam tindakannya, ia tidak menjadi bahaya kepada ‘intestine’ walaupun ianya sangat berkesan terhadap virus Pathogen.
Apabila minyak kelapa dara diminum, badan manusia memprosesnya menjadikan ia dari satu asid lemak yang unik kepada satu antimicroba yang begitu berkuasa dan membantu membinasakan kebanyakan organisma mikro penyebab penyakit dalam badan. Minyak kelapa dara sebenarnya satu makanan tradisi tropika yang semulajadi dan sangat berkhasiat serta mempunyai sifat anti virus, anti bakteria, anti parasit dan anti fungus. Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa minyak kelapa dara sangat berkesan untuk melawan pelbagai penyakit berjangkit termasuk virus dan berupaya memperbaiki dan meningkat sistem pertahanan badan.
Bagaimana dengan penyakit Jantung
Bagi penduduk yang secara tradisinya menggunakan minyak kelada dara sebagai bahan makanan harian didapati jarang mengalami penyakit jantung dan kebiasaannya mempunyai tahap kolestrol darah yang normal. Kenyataan ini telah dibuktikan dalam banyak kajian yang telah dibuat. Kajian klinikal mendapati penggunaan minyak kelapa dara yang tidak diproses menggunakan haba dan kimia membantu keadaan jantung berfungisi dengan baik. Kajian juga mendapati bahawa tiada kaitan langsung antara penggunaan minyak kelapa dara dengan penyakit jantung. Malah fakta mendapati minyak kelapa dara membantu memperkuat jantung dan sistem ‘cardiovascular’ keseluruhan.
Membantu Menghindar Serangan Jantung. Linoleik acid yang terdapat di dalam minyak kelapa dara membantu membersihkan arteri arteri menjadi lebih elastik, melonggar dan mencuci keluar plak dan kotoran yang terkumpul dalam arteri, membantu mencegah penuaan tidak matang pada arteri dan tubuh. Minyak kelapa dara juga membantu melaraskan platelet atau penggumpalan darah penyebab serangan jantung.
Membantu meningkatkan metabolisma. Minyak kelapa dara membantu meningkatkan metabolisma badan sehingga 25%. Oleh kerana ia mudah dihadam dan diserap, minyak kelapa dara membantu membekalkan sumber tenaga dengan cepat kepada badan dan mengurangkan risiko dan kesan ‘chronic fatique syndrome’ pesakit.
Membantu mengurangkan kolestrol. Membantu meningkatkan ‘high-density lipoproteins’- HDLs (kolestrol baik), mengurangkan ‘low-density lipoproteins’ - LDLs ( kolestrol jahat ) dan mengurangkan keseluruhan kolestrol dalam badan dimana ia mengurangkan risiko diserang penyakit jantung.
Minyak kelapa dara mempunyai pelbagai khasiat. Ia membantu mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan, mengurangkan penggupalan darah dalam badan, mengurangkan free radicals dalam cell, mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan hati, meningkatkan simpanan antioxidant dalam sel, meningkat tumbesaran dan pemulihan luka, membantu menguatkan kapilari dan membrane sel, memelihara kemudaan kulit dengan melaras keseimbangan air dalam badan, percernaan darah yang lebih baik dan mengurangkan kejadian penyakit jantung.
BicaraMuslim.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan