"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

05 Julai 2012

Selsema Burung

Walaupun virus selesema jenis A tidak biasanya menjangkiti manusia, terdapat beberapa kes jangkitan dan wabak selesema burung yang dilapurkan sejak tahun 1997. Kebanyakan kes jangkitan selesema burung kepada manusia dikatakan berlaku hasil sentuhan langsung dengan haiwan ternakan yang telah dijangkiti, atau permukaan yang tercemar. Akan tetapi, terdapat banyak yang masih perlu dipelajari tentang pelbagai sub-jenis atau variasi virus selesema burung yang boleh menjangkiti manusia. Contohnya,
kita tidak mengetahui bagaimana perbezaan di antara variasi yang rendah atau tinggi kandungan patogenik boleh memberi kesan dan risiko kesihatan kepada manusia. Di antara kes jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang telah direkodkan, penyakit yang disebabkan virus yang paling tinggi kandungan patogenik dilihat lebih berbahaya.

Oleh kerana kebimbangan terhadap potensi penyebaran jangkitan yang lebih meluas dalam populasi manusia, pihak berkuasa kesihatan tempatan memantau secara dekat semua wabak jangkitan manusia yang dikaitkan dengan selesema burung. Sehingga kini, jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang dikesan sejak 1997 tidak menjadikan pemindahan antara manusia sesuatu yang berterusan. Walau bagaimanapun, oleh kerana virus-birus selesema berpotensi untuk bertukar dan merebak secara mudah sesama manusia, usaha pemantauan jangkitan manusia dan pemindahan antara manusia adalah sangat penting.

Tanda-tanda Selesema Burung kepada Manusia

Tanda-tanda jangkitan selesema burung kepada manusia yang dilaporkan terdiri dari tanda jangkitan selesema yang biasa (seperti demam, batuk, sakit tekak dan sengal otot) sehinggalah jangkitan mata (conjunctivitis), radang paru-paru, kesulitan pernafasan yang teruk, radang paru-paru yang berjangkit, dan komplikasi lain yang boleh membawa maut.

Pesakit yang mempunyai selesema atau radang paru-paru ataupun penyakit pernafasan akan dianggap telah dijangkiti selesema burung sekiranya dia telah membuat sentuhan langsung atau tidak langsung ke atas ayam yang sakit atau burung yang telah dijangkiti.

Pengesahan dari makmal mengenai jangkitan selesema burung dan kaitan wabak dengan kematian yang tidak normal atau wabak di kalangan ayam akan menyokong kajian ke atas selesema burung.

Punca / Penyebab Selesema Burung

Selesema burung berpunca dari sub-jenis virus selesema A yang menjangkiti ayam, itik dan burung-burung lain. Virus-virus ini yang mengakibatkan penyakit yang tidak serius boleh bertukar / bermutasi kepada virus yang boleh menyebabkan penyakit serius (paling merbahaya).

Sehingga kini, semua wabak jangkitan virus yang paling merbahaya berpunca dari virus selesema A/H5N1, iaitu satu-satunya sub-jenis yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk kepada manusia.

1.Burung-burung ternakan boleh mendapat jangkitan sekiranya:

    bergerak bebas
    berkongsi bekalan air dengan burung-burung liar
    menggunakan bekalan air yang telah dicemari dengan najis dari haiwan yang telah dijangkiti

2. Peralatan, kenderaan, makanan, sangkar atau pakaian yang tercemar, terutamanya kasut boleh memindahkan virus itu dari ladang ke ladang

3. Pasar basah di mana ayam hidup dan burung-burung lain di jual dalam keadaan yang penuh sesak dan tidak bersih.

Selesema burung dipindahkan kepada manusia dari sentuhan langsung atau tidak langsung dengan itik liar dan ayam melalui udara, buangan dan permukaan yang telah tercemar dengan virus.

Orang yang mengendalikan ayam yang telah dijangkiti atau berada dekat atau di dalam ladang atau pasar di mana ayam yang sakit boleh menyedut partikel daripada bahan buangan yang kering atau najis yang dijangkiti virus selesema burung.

Bahan buangan boleh terkena hidung atau mata orang yang mengendali ayam yang telah dijangkiti.

Tiada terdapat laporan kes selesema burung kepada manusia selepas mengendalikan ayam yang telah dimasak. Oleh kerana virus itu mudah dinyah-aktifkan melalui haba, seseorang tidak boleh mendapat selesema burung dari daging ayam yang telah dimasak sepenuhnya. Tiada bukti pemindahan antara manusia.

Faktor-faktor risiko

Faktor risiko terbesar untuk selesema burung ialah sentuhan dengan burung-burung yang sakit atau permukaan yang dicemari bulu, air liur atau najis mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan sejumlah kes melibatkan pemindahan selesema burung antara manusia yang terhad. Tetapi jika tidak kerana pemindahan sebegitu tersebar secara meluas, burung atau permukaan yang telah dijangkiti merupakan penyebab yang paling berbahaya.

Walaupun begitu, corak pemindahan jangkitan antara manusia tetap menjadi misteri. Kanak-kanak kecil dilihat lebih mudah dijangkiti virus. Sesetengah saintis membayangkan golongan itu lebih cenderung kepada menghidu habuk atau najis yang telah dijangkiti. Di sebalik itu, puluhan ribu pekerja Asian yang tidak terlindung dan terlibat dalam menyembelihan ayam tidak pula dijangkiti penyakit. Pada masa ini, bilangan orang yang telah dijangkiti telalu sedikit untuk kita mengetahui semua faktor risiko yang mungkin untuk selesema tersebut.
Bila masa sesuai untuk meminta nasihat kesihatan

Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda selesema, termasuk demam, batuk dan sengal otot, dan jika anda telah melancong ke kawasan yang terdapat selesema burung. Sila pastikan anda memberitahu doktor bila dan ke mana anda telah melancong, atau sekiranya anda telah pergi ke mana-mana ladang atau pasar terbuka.

Doktor mempunyai ujian yang cepat untuk mengenali virus selesema, tetapi ujian berkenaan tidak dapat membezakan antara selesema burung dengan virus selesema A lain. Atas sebab itu, bahan contoh dari mana-mana orang yang disyaki dijangkiti selesema burung akan dihantar ke makmal kesihatan negeri atau Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention (CDC)) untuk dianalisa.

Komplikasi/Kesulitan

Kebanyakan orang yang dijangkiti selesema burung mempunyai tanda selesema yang biasa. Sesetengahnya pula mengalami kesulitan yang boleh membawa maut, seperti radang paru-paru viral dan sindrom kesulitan pernafasan yang serius, yang menyebabkan kantung udara dalam paru-paru dipenuhi dengan lendiran berbanding dengan udara, sehingga membawa kepada kesukaran bernafas yang teruk.

Tetapi komplikasi terbesar selesema burung masih lagi tidak terbukti  variasi virus baru yang boleh tersebar antara manusia. Jika seseorang yang dijangkiti virus selesema burung dan manusia sekaligus, penyusunan semula bahan genetik mungkin menghasilkan sub-jenis virus baru yang berdasarkan gen manusia. Ini boleh menyebabkan virus itu menjadi sangat mudah berjangkit, dan dengan ketiadaan kekebalan dalam populasi dunia, keadaan ini boleh membawa maut.

Setakat ini, keadaan itu masih belum berlaku. Beberapa kes pemindahan jangkitan antara manusia telah dilaporkan berlaku, tetapi semuanya dalam kadar yang terhad. Tetapi, beberapa pengawai kesihatan masih berpendapat virus burung hanya menunggu masa untuk tersebar dengan mudah di kalangan manusia. 


avianflu.pnm.my 

Tiada ulasan: