Siapa yang tidak tahu dan tidak pernah merasa keenakkan MSG dalam makanan mereka. Jenama MSG yang terkenal dewasa ini tidak lain tidak bukan adalah Ajinomoto. Rupanya seperti serbuk berkaca yang berwarna putih dan berfungsi sebagai penyedap bagi sesebuah makanan.
Mekar yakin hampir semua orang pernah merasakan “kesedapan” yang terdapat dalam Ajinomoto ini. Tidak lengkap rasanya jika dapur surirumah kita tidak menyimpan 1 paket kecil Ajinomoto. Malah mekar pasti sangat bahawa restoran-restoran dan hotel-hotel juga menjadikan bahan ini sebagai penambah perisa yang “wajib” ada untuk melariskan hidangan.
Monosodium Glutamat atau MSG telah berkembang menjadi salah satu zat aditif makanan yang paling popular di seluruh dunia. Selain MSG, ada penyedap rasa lain yang digunakan oleh industri makanan seperti disodium inosinat (IMP) dan disodium guanilat (GMP). Tetapi MSG-lah yang paling disukai orang kerana ia lebih murah dan keefektifannya dalam menguatkan rasa. Penggunaan MSG kadang-kadang “tersembunyi” di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza. Jika anda melihat “perisa semulajadi”, “asid sitrik” dan “rempah-rempah” dalam label makanan, itu tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG.
Hah… jangan tak tahu bahawa makanan yang ditinkan, pelbagai jenis sos, makanan jepun, salad dressing, perencah-perencah masakan dan banyak lagi makanan yang diproses mengandungi MSG.
Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar Tinggi
a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
Meskipun tiada larangan yang ketat terhadap penggunaan bahan ini daripada berleluasa, ada baiknya kita sebagai pengguna harus berhati-hati. Kesedaran kita semua untuk menangani permasalahan kesihatan ini amat penting utk dilakukan. Untuk permulaan, ia harus bermula di rumah. Kaum ibu terutamanya apabila memasak untuk ahli keluarganya, sebaik-baiknya kurangkan atau elakkan terus penggunaan MSG dalam masakan mereka. Gantikan dengan bahan semula jadi contohnya bawang putih dan rempah-rempah asli yang mekar pasti rasanya lebih nikmat.
Bahrin Samah
1 ulasan:
sebenarnya, daripada apa yang kitorang belajar, tak ada bukti kukuh msg menyebabkan kemudaratan kepada manusia kerana kajian hanya dijalankan terhadap tikus. sistem badan tikus juga lebih kecil berbanding sistem badan manusia, jadi hasilnya kepada tikus mungkin tidak akan terjadi kepada manusia. kajian kepada tikus pula, yang memberikan sedikit efek adalah apabila tikus tersebut makan msg secara terus, dan bukan dalam campuran makanan, bermaksud, efek hanya terjadi apabila msg diambil dalam keadaan concentrated. dan rasanya kajian tersebut pun tidak repeatable, bermaksud, hasil kajian berbeza-beza.
Catat Ulasan