Assalamualaikum dan salam 1 Dunia, masih terbayang lagi
betapa seronoknya berlibur di
Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang
boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands. Banyak tempat menarik
yang boleh kita singgah. Dengan tempatnya yang best dan layanan istimewa
daripada pihak Strawberry Park Resort membuatkan
timbul rasa rindu nak ke sana lagi. Memang cukup terbaik layanannya sepadan
dengan hotelnya yang bertaraf 4 bintang.
Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh,
buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga
yang jarang didapati di tempat lain. Team Denaihati memulakan aktiviti
jalan-jalan di Cameron Highlands hari tu dengan melawat Ladang Teh BOH Sungei
Palas yang seluas 8,000 ekar. Slogan “BOH ada Ummph!” sesuai dengan rasa
teh yang sedap dan ladang teh yang sangat cantik. Lokasinya pun tak berapa jauh
dengan Strawberry Park Resort.
Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungei Palas ada terdapat
kilang memproses teh. Kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA.
Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui
dalam menghasilkan teh BOH yang berkualiti. Kedai menjual produk teh BOH pun
ada terdapat berdekatan dengan kilang tersebut.
Bila dah penat berjalan, di sana ada terdapat kawasan rehat,
boleh lepak-lepak sambil minum teh. Sewaktu kami pegi hari tu terpaksa beratur
panjang untuk beli air dan makanan. Ramai betul pengunjung datang ke BOH Tea
Centre. Tapi berbaloi beratur panjang sebab air teh dan kek strawberry di situ
memang sedap.
Melihat pemandangan indah macam ni sambil minum teh memang
best
HONEY BEE FARM TEMPAT TERNAKAN LEBAH
![]() |
BUTTERFLY GARDEN DI CAMERON HIGHLANDS
|
Selain melawat ladang teh BOH, kami melawat ke tempat
ternakan lebah dipanggil Honey Bee Farm. Pada hari kami pergi ke sana tak
banyak lebah kelihatan kerana semuanya seperti bersembunyi di dalam kotak yang
disediakan khas untuk lebah-lebah tersebut. Di sana juga terdapat kedai yang
menjual produk-produk berasaskan madu lebah asli.
Satu lagi tempat menarik ialah Taman Rama-Rama atau Butterfly
Garden. Tapi memandangkan waktu itu kami kesuntukan masa, kami hanya sempat
singgah di kedai cenderamata yang terdapat di luar Taman Rama-Rama. Ada
rama-rama yang sudah diawet dan dibingkaikan. Penggemar rama-rama mesti ada
yang beli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
MELAWAT RAJU’S HILL STRAWBERRY FARM
Percutian di Cameron Highlands memang tak lengkap kalau tak
datang melawat kebun Strawberry. Pada hari itu kami melawat Raju’s Hill
Strawberry Farm. Di sana dapat tengok tanaman strawberry secara live depan
mata. Ada beli beberapa kotak berisi strawberry segar dan beberapa botol jem
strawberry untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan.
ROSE CENTRE BAGI PENCINTA BUNGA ROS
Bagi pencinta bunga ros tempat sesuai untuk anda kunjungi di
Cameron Highlands adalah Rose Centre. Ada bermacam-macam jenis bunga ros boleh
kita lihat di sana. Rose centre ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00
petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk
kanak-kanak.
SHOPPING DI KEA FARM MARKET
Kami juga sempat singgah di Kea Farm Market. Kea Farm Market
ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands
untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran,
bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi.
![]() |
| TERNAKAN LEBAH |
Seharian jalan-jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands
membuatkan badan berasa penat. Rasa penat tu boleh hilang bila berkunjung ke
Mandrayu Spa untuk manjakan diri dengan pelbagai jenis urutan dan jakuzi.
Mandrayu Spa ni letaknya dalam kawasan Strawberry Park Resort. Sangat sesuai
untuk merehatkan badan yang lenguh-lenguh dan penat.
Sesiapa yang rasa nak bercuti di Strawberry Park Resort
bolehlah layari laman web Strawberry Park Resort atau
like Fan Pages Strawberry Park Resortuntuk
dapatkan maklumat lanjut dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan