"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

20 November 2012

Rumahku Syurgaku


Mengapa sukar bahagia? Kadangkala kita seringkali bertanya di manakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa kebahagiaan itu sukar hadir dalam istana yang kita bina bersama pasangan atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjauh.
               
               Sebenarnya jawapan kepada kesemua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Bermulalah dengan mendefinisikan syurga rumahtangga anda sendiri.

               Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita. Ayat yang lebih mudah, kebahagiaan dalam kamus kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya.

               Ada beberapa perkara yang kita anggap remeh namun ianya amat berkesan dalam membina perhubungan berumahtangga antara kita dan pasangan. Ianya termasuklah mengelipkan mata pada pasangan sesekali, memilih lagu yang boleh dinyanyikan bersama sewaktu memandu atau ketika beristirehat di rumah pada hujung minggu dan hari cuti atau setidak-tidaknya suami menyediakan sarapan untuk isteri dan anak-anaknya.

               Tanya lah diri adakah kita mempraktikkan kesemua perkara di atas. Mungkin dalam 50, hanya seorang yang berbuat demikian atau tiada langsung.

               Tiada salahnya memulakan setiap hari baru dengan kucupan mesra untuk pasangan. Ini bukan sahaja membuatkan pasangan merasa dihargai dan disayangi malah memcambahkan lagi benih-benih cinta dan menyemarakkan kasih sayang dalam ‘istana’ yang dibina.

              Pernahkah kita bertanya ‘sesekali’ kepada pasangan, “Apakah yang saya boleh buat untuk membuatkan awak merasa bahagia?” Pernahkah kita bertanya begitu? Tepuk dada tanyalah selera!

               Tidak sukar sebenarnya untuk mencipta bahagia. Jika orang lain boleh bahagia dengan cara mereka, kita juga punya cara untuk mencipta bahagia di dalam ‘syurga impian’ kita menurut kepada acuan kita sendiri.

               Tidak sukar sebenarnya! Berubahlah sedikit demi sedikit. Paling utama selalulah berdoa kepada Allah untuk pasangan dan anak-anak. Mohonlah untuk kekalkan keharmonian dalam kehidupan berumahtangga. Bukankah Allah berfirman, antara lain maksudnya : “ Mohonlah kepada Aku nescaya Aku akan kabulkan. 

Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga
Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
Penghayatan agama yang berterusan.
Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
Komunikasi yang cemerlang.
Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
Suasana rumahtangga yang selesa.


Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
Berkongsi melakukan tugasan di rumah
Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
Makan malam bersama.
Beribadah secara berjemaah.
Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.

Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan 
Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
Memahami kepentingan hubungan seks.
Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.

Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri 
Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin


Tiada ulasan: