"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

16 Februari 2013

Makanan Membentuk Keperibadian


CARA hidup dan  pengamalan yang ditunjukkan oleh  Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan kepada semua umat manusia kerana baginda merupakan contoh yang terbaik untuk diteladani dalam menjaga kesihatan badan. Dalam buku Tibb al-Nabawi, Ibn Qayyim al-.Jauziyah mengatakan bahawa semua jenis perubatan mengandungi sama  ada  amalan pemakanan terte nt u atau pun langkah pencegahan. Oleh  i t u , tidak hairanlah pemakanan merupakan asas penting dalam penjagaaan kesihatan sama ada untuk mencegah penyakit mahupun mengekalkan kesihatan berterusan.    
Namun, jika diimbas kembali sorotan sejarah tokoh-tokoh ilmuan Islam dalam menjadi cendekiawan yang mampu menguasai pelbagai bidang? Bagaimana kebijaksanaan mereka boleh dijadikan contoh teladan kepada generasi kita pada masa sekarang? Bagaimana keinelektuallan ilmuan  Islam dahulu menjadi perintis kepada pelbagai bidang ilmu wujud pada masa kini?   Semuanya bermula dengan contoh 
teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW  termasuklan dalam menjaga hal ehwal pemakanan yang menjadi asas penting dalam pembentukan kesihatan jasmani dan rohani yang akhirnya   akan  menterjemahkan  sesebuah masyarakat atau  tamadun.   Menyoroti  kembali  bagaimana  amalan  pemakanan sunah yang boleh dijadikan contoh dan diamalkan oleh semua  umat  manusia seperti  mana yang digariskan oleh al-Ghazzali dalam oleh al-Ghazzali dalam Ihya' Ulumuddin.Al  Ghazali menyenaraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu di jaga adab ketika makan agar makanan diberkati oleh Allah SWT dan juga adab selepas makan. Garis panduan ini  merangkumi tata  cara yang perlu diikuti agar makanan yang kita makan diberkati dan  seterusnya mendapat ganjaran daripada Allah SWT.      Asas adab-adab inilah yang akan membentuk peribadi, dan akhirnya kehebatan  sesebuah masyarakat terserlah.      Antara tunjuk ajar tentang adab  selepas makan yang digariskan oleh al-Ghazzali ialah berhenti makan sebelum kenyang. Memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah dan al-Nasai: "Tidak ada bekas diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak  adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya.  Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka  satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.   Jelas kepada kita, jika makan sehingga kekenyangan akan mendatangkan kemalasan dan kelembapan akal untuk berfikir  serta akhirnya kemudaratan penyakit.
Bukankah  itu akan menyebabkan kelemahan kepada sesebuah masyarakat dan tidak akan menjadikan ummahnya berdaya saing? Pada zaman moden ini, manusia telah mengenepikan adab-adab dan sunah Rasullulah di dalam makan minum mereka.  Maka tidak hairanlah sekiranya umat Islam kini menjadi lemah  hasil daripada kelemahan tubuh badan mereka dan tidak mampu memajukan diri dengan keberhasilan akal yang  cemerlang melalui tubuh yang sihat  dan  cergas.  Banyak displin yang ditekankan dalam Islam, diabaikan oleh umat manusia. Jika  diperhatikan,    masyarakat   hari   ini makan dan minum secara berlebihan serta suka membazir.  Berhubung dengan 
aspek  ini,  Ibn al-Qayyim al-.Jauziyah berkata,  Sesungguhnya perut jika dipenuhi dengan makanan akan meyempitkan ruang untuk minunan,akan menyempitkan ruang untuk nafas dan terdedahlah baginya kesakitan dan keletihan dan jadilah keadaannya seperti pemikul barang yang amat berat. Dan ini merupakan punca kepada kerosakan hati dan kemalasan anggota untuk taat beribadah dan akan menggerakkan syahwat yang lazimnya disebabkan olehkekenyangan.   Sekiranya perut seseorang 
itu dipenuhi dengan  makanan, ini akan memudaratkan hati dan badannya jika ia merupakan  amalan yang berterusan. Tetapi andai kata kekenyangan ini hanya berlaku sekali  sekala, maka tidaklah mengapa". Jelas kepada kita, kemudaratan daripada makan  dan minum secara berlebihan ini akhirnya berbalik kepada diri sendiri dan masyarakat. Hasil daripada kekenyangan yang melampau, seseorang tidak mampu berfikir  dengan cemerlang dan tidak produktif.Antara lain  mengenai pemakanan yang yang boleh dijadikan panduan dalam memajukan diri dan agar tidak pasif dalam mengeluarkan buah fikiran ialah tidak tidur selepas  makan. Ibn al-Qayyim al-Jauziyah mengutarakan:  "Di antara nasihat tabib-tabib untuk mereka yang hendak menjaga kesihatan ialah berjalan langkah  selepas makan malam  walaupun sehingga 100 langkah dan jangan terus tidur selepas  itu kerana ini boleh mendatangkan kemudaratan.    Barangkali, kita tertanya-tanya, kenapa tokoh-tokoh Islam dahulu begitu hebat sehinggakan mampu menghafaz Al-Quran,  hadis-hadis dan menguasai bidang ilinu pelbagai. Bagaimana mungkin untuk  kita mewarisi ketinggian ilmu yang dimiliki oleh mereka jika perkara asas dalam pemakanan tidak diendahkan. Belum mengambil  kira bagaimana dan apakah  makanan yang mereka makan, tetapi tentang adab dan tata cara makan yang diamalkan oleh mereka pun belum dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh kita pada hari ini. Usahkan memiliki ilmu seperti tokoh-tokoh terdahulu, amalan dan gaya hidup mereka pun belum mampu kita hayati sepenuhnya dalam kehidupan ini.  Apa yang termampu kita usahakan ialah melaksanakan dan menambah baik amalan dan gaya pemakanan kita berlunaskan sunah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar apa yang diajar akan terus dapat diterap dalam kehidupan kita sedikit demi sedikit. Kelemahan kita pada hari ini bukanlah disebabkan agama tetapi disebabkan umat yang tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya. Oleh itu,  untuk kesinambungan kegemilangan ilmu ilmuwan Islam terdahulu, kita sebagai masyarakat dalam pandangan semasa perlulah  mencontohi dan mengamalkan apa yang  telah dianjurkan dalam agama seterusnya  melahirkan masyarakat yang cemerlang jasmani dan rohani.  


Norkumala Awang

Tiada ulasan: