Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.
Tempoyak dikenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
Di Indonesia
Tempoyak sangat populer dikalangan masyarakat Palembang,Menurut sejarah hala ini dikarenakan di Palembang sendiri jumlah produksi buah durian sendiri sangat melimpah sehingga kalau dibuang sayang, bahkan masakan khas dari Palembang seperi Pindang Ikan Patin juga menggunakan tempoyak.
Di Malaysia
Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."
Cara memasak
Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara yang sangat popular ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan; antara ikan-ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin,ikan baung & ikan jelawat ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu tempoyak juga boleh di buat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis).
Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan