"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

07 Mei 2013

Peritnya Kehidupan Ketika Dijajah


Peritnya Kehidupan Ketika DijajahKLUANG, 30 Ogos -- Biarpun negara telah mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun, namun bagi mereka yang pernah melalui kehidupan semasa zaman penjajahan dahulu, pastinya perit jerih hidup waktu itu masih segar dalam ingatan.

Bagi Pak Long atau Abu Bakar Sentol, 84, dari Kampung Melayu Renggam, Kluang antara individu yang pernah merasai kehidupan pada zaman itu, masih jelas dalam ingatan sengsaranya hidup di tanah air sendiri apabila ditadbir oleh bangsa asing.


"Semasa itu umur saya 13 tahun dan nyawa kami tidak ubah seperti telur di hujung tanduk, makan pula ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

"Kami terpaksa ikat perut kalau tanaman yang ditanam belum menjadi lebih-lebih lagi adik-beradik saya tujuh orang, masa itu ubi kayu yang masih kecil pun sudah dicabut untuk direbus," katanya baru-baru ini.

Pak Long berkata semasa Jepun mula memasuki Tanah Melayu pada 1941 makanan ruji harian keluarganya hanyalah ubi kayu, keledek, pisang, sagu, rumbia, dan lada yang ditanam sendiri.

KEHIDUPAN YANG SUSAH

Keperitan hidup semasa itu menyebabkan ada penduduk yang terpaksa mencuri demi mengalas perut anak yang sentiasa minta diisi.

"Dulu pencuri tak akan dimasukkan dalam lokap polis, sebaliknya mereka akan dihukum dengan mengikat batang ubi di tangan kanan dan kiri mereka untuk diarak ke seluruh kawasan kampung sambil melaungkan "saya pencuri ubi...!"," katanya.

Pak Long yang antara orang paling lama menetap di Renggam berkata kawasan itu dahulunya hanyalah sebuah pekan kecil yang dipenuhi semak samun dan tanaman yang ada pada masa itu hanyalah pokok getah dengan jumlah penduduknya boleh dihitung dengan jari.

Renggam juga ialah kawasan hitam kerana Parti Komunis Malaya (PKM) amat aktif dan menunggu masa untuk membunuh mana-mana orang kampung yang enggan bekerjasama dengan mereka.

Pak Long berkata setiap pergerakan akan dipantau oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan penduduk bersengkokol dengan PKM.

Malah, semasa Jepun memerintah, mereka juga sukar untuk ke sekolah disebabkan takut menjadi mangsa lebih-lebih lagi perempuan kerana mereka akan ditangkap untuk dijadikan hamba seks selain buruh percuma sebagai tukang bersih dan tukang masak.

BRITISH LAWAN JEPUN

"Waktu yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa Jepun melawan kuasa British dan ketika itu penduduk hanya bersembunyi dalam rumah dan tidak berani untuk keluar bertempur.

"Masih terngiang-ngiang lagi bunyi tembakan senapang dan dentuman meriam antara Jepun dan British, mayat mereka juga bergelimpangan di sana sini dan keadaan itu amat mengerikan," katanya.

Pak Long berkata akhirnya pada tahun 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh pihak British pada 6 dan 9 Ogos menyebabkan British terus muncul sebagai kuasa yang paling kuat di Tanah Melayu.

"Kelebihan pihak British mempunyai askar yang ramai dan senjata yang canggih menyebabkan komunis secara perlahan-lahan berundur masuk hutan," katanya.

TUNTUT KEMERDEKAAN

Menurut Pak Long, masih jelas di ingatannya orang kampung berusaha membiayai gerakan menuntut kemerdekaan daripada British antaranya dengan menjual lencana besi UMNO, yang boleh dilekat pada baju, pada harga RM1 sekeping.

"Bagi kita sekarang, RM1 mungkin hanya satu angka yang kecil, namun pada masa itu nilainya amat besar. Walaupun kebanyakan penduduk hidup susah, tetapi mereka sanggup berhutang selama tiga bulan semata-mata untuk membeli lencana itu," katanya.

Pak Long berkata, ketika itu dia ialah anggota Jawatankuasa UMNO cawangan Senggarang manakala ayahnya Sentol Ilyas adalah anggota jawantankuasa di lima buah kampung iaitu Sungai Lurus Darat, Sungai Lurus Laut, Parit Aman, Parit Raja, dan Pasir Sungai Lurus.

"Kami telah berkumpul dan saling berganding bahu membantu Pemuda UMNO Datuk Onn Jaafar untuk menentang cadangan penubuhan Malayan Union dengan slogan "Panjang Umur Datuk Jayakan Pekerjaan Kita"," katanya.

Katanya, British ketika itu menggunakan pelbagai helah dan alasan untuk melambatkan Tanah Melayu daripada mencapai kemerdekaan di samping meletakkan beberapa syarat antaranya perpaduan kaum dan ekonomi yang kukuh.

LAUNGAN KERAMAT

"Akhirnya Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 dan pada masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan gembira seluruh penduduk Tanah Melayu," katanya.

"Walaupun saya tidak ke Dataran Merdeka pada masa itu tetapi semangat saya untuk bersama-sama melaungkan merdeka adalah tinggi dan berkobar-kobar.

"Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...! Laungan itu sangat bersemangat dan saya menitiskan air mata kerana setelah dijajah hampir 16 tahun Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan," katanya.

Menurut Pak Long laungan merdeka pada tahun 1957 adalah paling bermakna dan bernilai kerana setiap orang melaungkannya dengan penuh kegembiraan, kepuasan, dan berkeyakinan berbeza dengan sekarang

Bernama

Tiada ulasan: